Kemahiran Mengelecek Bola

Menggelecek bola dalam permainan bola keranjang bererti bola digerakkan oleh pemain dengan cara melantukan bola dengan sebelah tangannya. Ini dilakukan untuk beberapa tujuan semasa permainan.
 Untuk membuat jaringan dari dekat.
 Untuk ’menyimpan’ bola sehingga satu hantaran dapat dilakukan.
 Untuk bergerak ke ruang kosong dengan bola supaya pasukannya dapat mengatur sesuatu pembentukan (formation)

1. Mengelecek dengan lantunan rendah

– Cara ini diamalkan dalam situasi di mana pemain itu dikawal ketat oleh pihak lawan yang berkerumun dekatnya. Melantunkan bola rendah adalah cara yang baik untuk mengawal dan melindung bola dari dirampas. Selain itu, lantunan bola yang rendah memudahkan pemain menukar hala pergerakannya secara mengejut.

2. Mengelecek dengan lantunan tinggi
– Cara ini adalah sesuai apabila pemain hendak bergerak pantas dengan bola dan tidak ada pihak lawan yang mengawalnya. Bola dilantunkan pada aras pinggang dan ke hadapan.Mengelecek bola juga memerlukan pemain bertindak mengikut keadaan. Oleh itu ia mesti melantukan bola dengan tangan kiri dan tukar kepada tangan kanan. Juga, ia mesti bersedia untuk menukar arah pergerakan atau kepantasannya untuk mengelirukan dan mengatasi pihak yang mengadangnya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s