KEMAHIRAN MENGAWAL DAN MENGADANG

Sebaik sahaja bola berpindah tangan, pasukan yang tidak menguasai bola terpaksa bertahan. Ini bererti setiap pemain perlu tahu tugas masing-masing dan cara untuk mengawal lawannya. Kawalan adalah bertujuan mematahkan serangan lawan dan mendapat balik bola untuk mengatur serang – balas.

Teknik Mengawal.
1. Amalkan ’gaya peninju’ (boxer’s stance) apabila berhadapan dengan pemain yang membawa bola.
2. berada di antara pihak lawan yang dikawal dan jaring sendiri.
3. gerakkan secara berganti-ganti sebelah tangan ke atas dan sebelah lagi ke sisi (rendah) untuk mengganggu pergerakan lawan.
4. bergerak secara langkah ’boxer’s shuffle’ (hampir sama langkah galop) semasa mengawal.
5. Apabila mengawal pengelecek cuba tepis bola dengan tangan semasa bola melantun naik. Sebelah tangan yang bebas itu untuk mengadang jika pengelecek itu menggunakan gerakeliru dan tukar halanya.
6. Paksakan pemain itu bergerak ke tempat atau kawasan yang tidak sesuai baginya untuk bertindak.
7. apabila mengawal pemain pivot, berdiri di belakangnya dengan gaya ’peninju’ jika belakangnya mengadap jaring pihak lawan. Jika mengiring ke kiri, kawalan lebih kesebelah kirinya.
8. Apabila pemain pivot memperoleh bola, kawal dengan rapat supaya ia tidak mudah membuat jaringan lompat.

 langkah-langkah

1. Mata memerhati pemain dan bola.

2. Mengganggu dan memberi tekanan (presure) dengan pergerakan tangan.

3. Berada di antara pemain yang dikawal dan jaring sendiri.

4. Jarakkan kaki semasa mengawal untuk memelihara imbangan badan.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s