KEMAHIRAN MENANGKAP BOLA

Dalam menangkap bola, tapak tangan tidak boleh menyentuh bola, sebaliknya jari-jari memainkan peranan. Kadar kelajuan bola menentukan sejauh mana pemain merentangkan lengannya ke arahnya daripada rakannya yang membuat hantaran. Seandainya hantaran daripada rakannya adalah lemah atau terlalu jauh daripada pemain ynag menerimanya, lengan pemain ini hendaklah direntangkan dengan kedua-dua belah tangan lebih jauh ke hadapan badan.

Jika bola itu datang dari aras bawah dada, jari pemain yang akan menerimanya hendaklah menghala ke bawah ketika menangkap bola. Pemain hendaklah sentiasa menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menangkap bola. Hanya dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja pemain dibolehkan menggunakan sebelah tangan. Sebagai persediaan menangkap bola, pemain perlu mengamalkan perawakan atau kedudukan badan ( stance ) yang sesuai untuk memudahkan tindakannya.

Dalam melakukan tangkapan teknik berikut hendaklah digunakan oleh setiap pemain :

1. Keluarkan tangan dari hulurkan ke hadapan ke arah bola datang.
2. Gunakan jari-jari tangan untuk menangkap. Jari-jari hendaklah dibuka dengan ibu jari dibelakang bola.
3. Jangan sekali-kali menggunakan tapak tangan untuk menangkap.
4. Bawa bola ke badan selepas menangkap bola.
5. Bersedia untuk pergerakan selanjutnya untuk mengelacek atau menghantar bola.

Jenis-Jenis Tangkapan Bola.

1. Tangkapan statik

Dalam melakukan tangkapan statik ini, biasanya tangkapan ini dirujuk kepada bola yang datang pada aras pinggang ke atas. Dalam hal demikian, perkara-perkara berikut hendaklah dijadikan panduan :
 Pemain berdiri dengan membukakan kakinya selebar bahu, dengan meletakkan satu daripada kakinya ke hadapan dan menghala ke arah bola.
 Pemain membengkokkan lutut serta mencondongkan badan sedikit ke badan bermula daripada bahagian punggungnya.
 Pemain menghulurka tangan ke hadapan dengan siku dibengkokan sedikit.
 Pemain memerhatikan bola yang bakal dihantar oleh rakannya, dan kini bersedia untuk membuat tangkapan.
 Bawakan bola ke badan spaya bola dalam kedudukan selamat.

2. Tangkapan Lompat

 Pemain berada dalamkeadaan sedia untuk menerima hantaran.
 Pemain membengkokkan lutut sedikit untuk dan bersedia untuk melonjak.
 Pemain melompat ke atas, dan ke arah bola dan mengikut ketinggian bola yang dihantar.
 Pemain menangkap bola ketika di uadara menggunakan cara dan kaedah yang sama seperti tangkapan statik.
 Pemain hendaklah mengawal bola itu dengan selamat dan mendarat ke tanah dengan membengkokkan lutut. Mendarat hendaklah pada hujung kaki.

3. Tangkapan Berlari.

 Pemain berlari ke rah yang bakal dihantar bola oleh rakannya dan biasanya bebas daripada kawalan lawan.
 Semasa berlari pastikan kedua-dua belah tangan bersedia untuk bertindak.
 Pemain hendaklah menangkap bola menggunakan kedua-dua belah tangan.
 Pemain hendaklah memastikan ada persefahaman antaranya dengan pemain yang membuat hantaran.
 Pemaian hendaklah berhenti berlari sebaik sahaja bola berjaya ditangkapnya, jika dia mahu menghantar bola kepada rakannya. Tetapi jika dia mahu terus berlari, dia hendaklah mengelecek bola itu mengikut arah yang dikehendakinya.

4. Tangkapan Bola Lantun.

 Semasa bola dilantunkan oleh rakan, pemain hendaklah mencuba melaraskan dengan segera dan berada pada kedudukan untuk menangkap bola sekiranya bola kembali kehadapan pemain itu.
 Bagi menangkap bola daripada hantaran lantun atau daripada lantunan, pemain hendaklah menggunakn gaya berdiri paling baik untuk sama ada bola yang laju, perlahan, tinggi atau rendah.
 Jika lantunan itu daripada aras pinggang, pemain hendaklah menggunakan tangkapan gaya berdiri yang paling sesuai tetapi dengan memastikan lengannya dihulurkan ke arah bola.

5. Tangkapan Bola Bergolek.

 Adakalnya bola terpaksa dileret atau digolekkan oleh rakan atau hasil daripada pergerakan lawan.
 Untuk menangkap bola daripada kedudukan begini, pemain hendaklah membengkokkan lututnya supaya dia hampir-hampir menyentuh lantai.
 Kemudian pemain membuntukkan tangannya seperti cawan untuk menangkap atau menerima bola.
 Tangan pemain hendaklah sebaik-baiknya hendaklah menghampiri lantai dengan jari ditegangkan serta menghala ke bawah.
Butiran mengajar menangkap bola.

1. Perhatikan bola.
2. Bersedia untuk menerima. Hulurkan tangan dan menyambut bola dengan hujung tangan (jari-jari).
3. Tangan dilembutkan apabila menerima bola hantaran kuat.
4. Lompat untuk menyambut bola tinggi.
5. Gunakan dua belah tangan untuk menyambut bola. Jika sebelah tangan sahaja digunakan, kawalan bola menyusuli tangkapan itu hendaklah dibuat dengan kedua-dua belah tangan.
6. Rendahkan badan apabila menerima bola rendah.
7. Bersedia untuk tindakan selanjutnya selepas menyambut bola.

KesilapanUmum Dalam Menangkap Bola

1. Pemain menahan bola dengan tangan dan jari yang terbuka tetapi secara kaki terlalu keras ketika menagkap bola.
2. Pemain cuba mengelakkan kepala, memejamkan mata atau mengelakkan kepala, memejamkan mata atau mengelakkan badan ketika membuat tangkapan.
3. Pemain menghukurkan atau mengarahkan jari-jari ke hadapan ke arah bola.
4. Pemain menggunakan tapak tangan untuk menangkap.
5. Pemain menggunakan jenis tangkapan yang salah untuk hantan daripada rakannya.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s