KEMAHIRAN MENJARING

Semasa prmainan, kecekapan menghantar dan menyambut bola ataupun mengelecek bola tidak bererti jika pemain-pemain lemah dalam membuat jaringan. Aspek yang menetukan kemenangan adalah bilangan jaringan dan aspek ini juga yang menarik sekali kepada penonton-penonton.

Jenis-jenis jaringan.
1. Jaringan tolak (dengan sebelah atau dua belah tangan)
2. Jaringan lompat.
3. Jaringan layang.
4. Jaringan lengkung.
5. Jaringan lemparan bebas.

Semua jaringan boleh dilakukan secara berlari (satu langkah), melompat, ataupun dari satu tempat. Pada asasnya,jaringan tolak dan jarngan lompat hampir sama. Dalam cara jaringan tolak, kedua belah kaki pemain tetap di atas lantai. Bagi jaringan lompat, pemain melompat dari tempat persediaannya dan mengarahkan bola ke sasaran sebaik sahaja ia tiba ke aras lompatan maksimumnya.Jaringan layang merupakan teknik menjaring yang paling menarik dan tepat. Pemain-pemain memerlukan lompatan yang baik dan koordinasi kaki dan tangan untuk melaksanakan pergerakannya secara licin.Jaringan lengkung juga dikenali sebagai jaringan pivot. Biasanya cara ini diamalkan apabila pemain itu dikawal ketat dan ingin mengatasi lawannya dengan membuat jaringan. Juga, cara ini diamalkan secara tiba-tiba untuk mengelirukan pihak lawan. Pergerakan bola dari tangan pemain ke sasaran adalh dalam bentuk ’arc’.   Jaringan lemparan bebas adalah balingan penalti sebenarnya. Percubaan ini diberi oleh pengadil dan lemparannya dibuat dari belakang garis lemparan bebas. Tekniknya adalah sama seperti untuk jaringan tolak.

 

Butir-butir mengajar menjaring

1. Mata memandang sasaran semasa membuat jaringan.

 2. Tumpukan perhatian kepada pergerakan menjaring (konsentrasi)

3. Gunakan tindakan jari-jari untuk mengarahkan bola ke sasarannya dan tangan hampir lurus setelah bola dilepaskan (tindakan ikut lajak).

4. bersedia untuk memungut bola semula (rebound ball).

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s