KEMAHIRAN  MENGHANTAR BOLA.
         Pelajar seharusnya diajar pelbagai jenis hantaran yang boleh diamalkan dalam permainan. Ini adalah penting kerana semasa permainan, pelbagai situasi berlaku dan ini memaksa pemain-pemain menggunakan hantaran yang berbeza, kawalan tempoh permainan dan sesuatu serangan itu menjadi lebih mudah sekiranya pemain-pemain cekap menghantar dan menyambut bola.

Cara Hantaran.
1) Hantaran aras dada
– Hantaran ini di gunakan untuk hantaran jarak dekat, pantas dan tepat.

                                                                                    

2) Hantaran lantun
– Hantaran ini biasanya dilakukan secara mengejut untuk mengatasi pihak lawan yang mengawal rapat. Bola dilantunkan pada masa yang sesuai supaya tidak dipintas mahupun disekat oleh pihak lawan. Lantunan dibuat dengan sebelah atau dua belah tangan secara menolak bola kepada bola kepada pemainnya.

3) Hantaran atas
– Hantaran ini merupakan cara yang boleh diamalkan apabila pemain hendak membuat hantaran tinggi kepada kawannya. Seringkali cara ini dilakukan supaya bola tidak dipintas atau disekat oleh pihak yang mengawal dengan keadaan tangannya ke atas.

Butir-butir mengajar am untuk kemahiran hantaran bola.

1. Cara memegang bola hendaklah sesuai dengan jenis hantaran .
2. Hantar kepada pemain yang berada di kedudukan yang sesuai sekali untuk menerimanya.
3. Bola dihantar ke depan penerima.
4. Semasa menghantar bola, peliharakan imbangan badan.
5. Mata memandang arah penerima bola.
6. Gunakan gerak keliru jika perlu.
7. Bergerak ke tempat lain selepas menghantar bola.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s