Permainan Antarabangsa

Lama-kelamaan bola keranjang disebarkan ke negara-negara luar Amerika, seperti ke Eropah, Rusia dan Asia. Dalam masa yang singkat sahaja permainan ini diterima dan dimainkan di banyak negara. Undang-undang permainannya diperkenalkan dan sentiasa dikemaskinikan dari semasa ke semasa.

Bagi menyelaraskan permainan ini dan pada masa yang sama mengembangknnya agar diterima menjadi permainan bertaraf antarabagsa, Persekutuan Persatuan Bola Keranjang Amatur Antarabangsa (FIBA) ditubuhkan pada tahun 1932.

Persekutuan ini beribu pejabat di Munich, Jerman, dan pada mula-mula ditubuhkan, ia hanya mempuyai lapan negara ahli sahaja. Kini jumlah negara yang menganggotainya meningkat kepada 160 negara. Dianggarkan lebih kurang 200 juta orang lelaki dan wanita bermain bola keranjang di seluruh dunia.

Pada tahun 1936, bola keranjang diterima sebagai acara Sukan Olimpik. Pada tahun pertama kemasukannya ini, sebanyak 21 negara mengambil bahagian. Pasukan Amerika Syarikat adalah pasukan yang paling banyak memenangi pingat emas. Bola keranjang wanita mula dipertandingkan di dalam Sukan Olimpik tahun 1976. Terdapat juga kejohanan dunia yang diadakan untuk bola keranjang lelaki dan wanita. Selain dari itu, ada pula kejohanan lain yang agak popular seperti Kejohanan Eropah, Kejohanan Amerika, Kejohanan Asia. Ini membuktkan bahawa bola keranjang merupakan sukan bertaraf antarabangsa.

Di samping itu terdapat pula bola keranjang profesional, khususnya di Amerika Syarikat yang terdapat sambutan amat menggalakkan. Para pemain dibayar gaji secara kontrak untuk bermain bola keranjang, sehingga ramai sudah pemain bola keranjang yang bermain dalam liga Amerika Syarikat yang menjadi jutawan, termasuk pemain dari luar Amerika. Sambutan penonton juga amatlah menggalakkan di mana purata 30-50 ribu orang penonton setiap perlawanan liga tersebut.

Bola Keranjang Di Malaysia

Tidak ada catatan atau rekod sebenar kedatangan permainan ini ke negara kita. Namun ia dipercayai diperkenalkan ke negara ini pada awal abad ke-20 oleh orang-orang Inggeris. Sambutan yang diterima daripada penduduk tempatan pada peringkat awal kedatangnya adalah dingin. Cuma ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di bandar-bandar utama seperti Kelab Rekreasi Cina Selangor, Kelab Rekreasi Cina Pulau Pinang, Singapura dna Negeri Sembilan bermainnya.

Perkembangan sukan ini cuma kelihatan dan terbukti selepas Perang Dunia Kedua. Ini dilakukan dengan memperkenalkannya ke sekolah-sekolah selain ke bandar-bandar. lama-kelamaan semakin ramailah penduduk negara ini yang mula meminati dan bermsin bola keranjang, khususnya kaum Cina. Pada awal tahun 1960-an Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA) ditubuhkan dan pertandingan antara negeri bagi merebut Piala Agong dimulakan beberapa tahun kemudian.

Selain  itu terdapat juga pertandingan dan kejohanan antara kelab, antara sekolah dan antara pertubuhan dan persatuan dianjurkan dari setahun ke setahun. Negara kita juga sering menjadi tuan rumah untuk beberapa kejohanan antarabangsa seperti Kejohanan Asia, Kejohanan Kelab-kelab Asia, Kejohanan Terbuka Malaysia dan pelbagai pertandingan dan kejohanan peringkat kebangsaan. Menyentuh tentang kejayaan yang dicapai oleh pasukan negara kita, bolehlah dianggap berjaya. Dalam Sukan SEA umpamanya, pasukan kita lelaki dan wanita sering memenangi pingat emas dan dalam kejohanan Asia kita pernah beberapa kali menduduki tempat keempat, di belakang gergasi bola keranjang Asia seperti China, Korea Selatan dan Jepun.

Sambutan terhadap bola keranjang di kalangan penduduk negara ini, walaupun meningkat namun belum mencapai tahap sambutan yang diterima untuk sukan bola sepak atau badminton umpamanya. Sambutan dingin daripada kaum bukan Cina harus diberika perhatian bagi menjadikan bola keranjang permainan seluruh rakyat negara ini.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s