Aktiviti Memanaskan Badan

Memanaskan badan perlu dilakukan untuk memastikan badan adalah bersedia untuk melakukan aktiviti yang seterusnya. Kegagalan menyediakan otot pada tahap pemanasan badan akan menyebabkan pengumpulan asid karbonik (laktik) dalam otot.

Pergerakan dalam permaian bola keranjang adalah pantas dan cepat. Ketrampilan diri dan badan sewaktu melakukan pergerakan badan hendaklah dinamik. Selepas sesi Memanaskan badan selama 10 atau 15 minit, pemain sepatutnya telah berpeluh dan seharusnya mempunyai keupayaan untuk bergerak dengan pantas.

Mulakan memanaskan badan dengan berlari anak ke hadapan, ke belakang, ke sisi ke kanan dan ke kiri. Selepas itu lakukan aktiviti regangan untuk menambahkan kelenturan otot-otot apabila membuat pergerakan selama lebih kurang 10 minit. Perlu diingatkan bahawa otot akan lebih menganjal selepas aktiviti pemanasan dilakukan. Berikan tumpuan kepada otot besar dahulu seperti hamstring, quadriceps, groin, calves, bahagian belakang, tangan dan bahu. Berehat seketika sebelum memulakan permainan sebenar dan pastikan minum air untuk elak dehidrasi.

Aktiviti Menyejukkan Badan
Semua jenis latihan kemahiran atau permainan mestilah diakhiri dengan sesi penyejukan badan atau cooling down. Penyejukan otot diperlukan untuk mengembalikan otot kepada keadaan rehat. Semasa latihan asik laktik akan terkumpul dan jika tidak dialirkan dengan sebaiknya ia akan menyebabkan berlakunya kesakitan dan kelesuan. Aktiviti penyejukan badan hendaklah dilakukan dengan lebih relaks dan ringan bagi menurunkan kadar degupan jantung. Lakukan selama 10-15 minit. Selain itu tujuan menyejukkan badan juga akan:

 Meningkatkan fleksibiliti
 Mengembalikan darah ke jantung
 Mengelak dari berlaku kekejangan
 Menurun kadar suhu badan
 Mengurangkan kesakitan dan kecederaan
 Mengembalikan otot yang direngang ke tahap asal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s