KONSEP KECERGASAN

Ahli-ahli fisiologi menyatakan bahawa kecergasan merupakan satu keadaan dimana seseorang itu mampu melakukan kerja sehariannya tanpa kelesuan dengan menggunakan tenaga yang minima serta mempunyai tenaga lebihan yang boleh digunakan sewaktu masa kesenggangan dan dalam keadaan kecemasan.

Kecergasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan untuk menyaingi kehidupan yang seimbang dan lengkap. Ini secara keseluruhan melibatkan kecergasan sosial, kecergasan psikologi, dan kecergasan fisiologi. Kesemua ini ditentukan oleh persekitaran, keturunan atau baka dan cara hidup seseorang.

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen fizikal, mental, sosial, rohani dan emosi. Kecergasan ini boleh memberikan sumbangan bermakna kepada masyarakat. Ia juga boleh mencerminkan perasaan seseorang individu tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap.

Defini  kecergasan yang paling popular adalah seperti yang dicadangkan oleh Akademik Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat. ( Clarke,1979 ). “ Kecergasan adalah keupayaan meaksanakan tugasa harian dengan cekap dan cekap tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tenaga yang mencukupi untuk melakukan aktiviti riadah. Selain daripada itu, seseorang yang cergas dari segi fizikal harus sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.

KECERGASAN BERDASARKAN KESIHATAN

Kecergasan berdasarkan kesihatan mempunyai lima komponen :

1. Daya tahan kardiovaskular – keupayaan jantung dan sistem peredaran darah dapat

berfungsi secara berterusan sewaktu seseorang

melakukan kerja pada tempoh masa yang panjang.

2. Daya tahan otot – kebolehan melakukan kerja dalam suatu tempoh yang lama dengan

melakukan kerja yang berulang-ulang. Ia bergantung kepada

kecekapan pembekalan darah dan keupayaan otot untuk

menghasilkan laktik asid.

3. Kekuatan otot – keupayaan otot untuk mengatasi rintangan bagi menghasilkan

daya(kerja). Ia juga boleh meningkatan kebolehan paru-paru

untuk mengangkut lebih banyak oksigen ke otot-otot untuk

menghalang kelesuan dan keletihan.

4. Kelembutan – keupayaan sendi-sendi untuk membenarkan sesuatu pergerakan yang

berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan. Hasil

pergerakan biasanya ditentukan oleh kepanjangan otot-otot, ligamen,

tendon dan struktur sendi seseorang.

5. Komposisi badan – merujuk kepada bahagian-bahagian badan tanpa lemak/tisu dan

bahagian berlemak. Lebihan lemak dibahagian otot tidak

membahayakan kesihatan jika dibandingkan berat badan itu

dari dominasi kumpulan lemak.

KECERGASAN FIZIKAL BERDASARKAN MOTOR ( PERGERAKAN )

Terdapat enam komponen penting dalam kecergasan fizikal berdasarkan motor :

1. Koordinasi – merupakan keberkesanandan keseragaman yang cekap dalam pergerakan

tubuh badan seseorang. Ia melibatkan pergerakan kesemua anggota

badan. Ia merupakan keupayaan menggunakan pancaindera, badan dan

hubungan mental dengan sempurna.

2. Keseimbangan – kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti

dan dasar( tapak ) yang menyokong seseorang itu diubah. Terdapat

dua jenis imbangan iaitu imbangan statik yang mana pusat graviti

berada pada kedudukan setempat dan imbangan dinamik pula

keupayaan mengekalkan keseimbangan sewaktu pusat graviti

telah diubah.

3. Ketangkasan – keupayaan seseorang untuk membuat pergerakan berturutan ke

sesuatu arah yang berbeza dengan cekap, pantas, kemas dan mudah.

4. Kuasa – keupayaan individu melakukan pergerakan pantas atau mengejut yang kuat

dalam jangka masa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi. Ia adalah

hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangka masa yang singkat dan

merupakan gabungan antara kekuatan kuncupan otot dan kepantasan kucupan

otot.

5. Kelajuan – keupayaan individu membuat pergerakan yang berturutan dengan pantas

dalam jangka masa yang singkat mengikut sesuatu arah. Kelajuan berkait

rapat dengan masa tindak balas. Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah

dan kekerapan langkahan.

6. Masa tindak balas – sesuatu jangka masa yang diambil untuk bergerak atau bertindak

selepas menerima sesuatu stimuli( ransangan ). Masa tindak

dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan ini mampu

membantu ketika dalam pertandingan dan sewaktu kecemasan.

About enkalang90

Sport and Recreation/2 Faculty of Education National University of Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s