Sebagai guru adalah menjadi tanggungjawab bagi menulis rancangan pengajaran.Tujuan guru menulis rancangan pengajaran sebagai satu persiapan awal sebelum menjalankan proses P&P .Dengan adanya perancangan pengajaran guru dapat mengajar sesuatu mengikut topic-topik tertentu berdasarkan sukatan yang telah ditetapkan.Melalui cara ini pelajar akan di ajar berkenaan tajuk-tajuk yang mudah dan senang terlebih dahulu sebelum memasuki pembelajaran tajuk yang sukar.Guru akan memastikan pelajar memahami setiap topic yang diajar tersebut sebelum menukarkannya kepada topic yang baru.Perkara ini penting supaya pelajar dapat menguasai setiap topik sepenuhnya yang diajar sejak dari awal lagi.
Dengan adanya rancangan pengajaran juga guru dapat bersedia dengan lebih awal berkenan apa yang hendak di ajar merangkumi isi,maklumat,huraian beserta contoh setiap sesuatu yang diajar.Perkara ini penting supaya guru tahu apa yang akan diajar serta dapat menghuraikan segala yang berkaitan dengan pembelajaran tersebut dengan jelas .Bagi menyampaikan isi pengajaran dengan baik juga guru perlu bersedia dengan ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan subjek yang akan diajar.Perkara ini penting supaya jika timbul sesuatu masalah yang dipersoalkan oleh pelajar guru dapat menjelaskan dengan lebih terperinci.Bagi guru novis khasnya rancangan pengajaran penting kerana mereka masih kekurangan idea untuk menyampaikan isi pengajaran.Dengan adanya perancangan pengajaran ini matlamat yang ingin disampaikan akan tercapai.
Disamping itu juga guru perlu menulis rancangan pengajaran supaya dapat merancang strategi,kaedah dan teknik yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Seperti yang kita ketahui proses p&p boleh dilaksanakan dengan pelbagai kaedah,cara dan strategi.Perkara ini perlu dirancang terlebih dahulu sebelum guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.Kaedah dan strategi ini amat penting kerana setiap isi dan maklumat perlu disampaikan dengan cara dan pendekatan yang berkesan agar mudah difahami oleh pelajar.Banyak kaedah yang boleh digunakan dalam menjalankan proses p&p ini seperti kaedah penyampaian,praktikal,ceramah,perbincangan,kuiz dan sebagainya.Contoh yang dapat dilihat ialah dalam kaedah pembelajaran tilawah Qur’an guru tidak boleh mengunakan pendekatan secara kuliah sahaja sebaliknya perlu mengunakan kaedah secara amali iaitu dengan cara menyuruh pelajar membaca semula apa yang telah diajar.Melalui cara ini guru dapat mendengar secara langsung pembacaan pelajar tersebut dan membetulkan jika berlaku kesilapan.Selain itu banyak lagi strategi yang boleh digunakan oleh guru bagi menyampaikan isi pengajaran seperti menggunakan alat bantu mengajar seperti slaid,video,grafik dan penggunaan kertas graf dan mahjung.
Disamping itu tujuan menulis rancangan pengajaran juga adalah untuk memudahkan proses p&p.Ini kerana guru akan mendapat gambaran yang jelas langkah-langkah yang perlu diajar iaitu dari awal hinga akhir contohnya definisi,ciri,factor.kesan dan kesimpulan daripada apa yang diajar.Perkara ini dapat dijadikan panduan oleh guru untuk memastikan setiap apa yang diajar tidak lari daripada tajuk serta sub-sub topic yang telah ditetapkan.Melalui cara ini guru dapat membentuk satu rangka dalam penyusunan idea,prinsip atau matlamat mengikut pengajaran yang akan disampaikan kepada pelajar bagi memudahkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik yang diajar.Dengan adanya pendekatan begini setiap apa yang disampaikan akan mencapai matlamatnya.
Kesimpulannya adalah penting bagi seorang guru untuk menyediakan rancangan pengajaran agar dapat bantu memudahkan dan melicinkan lagi proses P&P yang akan dijalankan kelak.Rancangan pengajaran yang teratur bukan saja dapat di jadikan sebagai panduan harian malah turut membantu mengurangkan kekeliruan dan masalah-masalah yang timbul secara kebetulan.Selain daripada itu,tahap pemahaman pelajar terhadap pembelajaran juga dapat ditingakatkan sekiranya rancangan pengajaran sesorang guru dianggap berkesan.

About enkalang90

Sport and Recreation/2 Faculty of Education National University of Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s