Keselamatan dalam sukan merangkumi pelbagai aspek sama ada persediaan fizikal mahupun persediaan alatan. Persediaan fizikal meliputi aktiviti memanaskan badan dan menyejukkan badan. Manakala persediaan dari segi alatan pula adalah sperti kesesuaian pakaian, alatan sukan dan peraturan pertandingan atau latihan. Ramai dikalangan atlit mengalami kecederaan kerana mengabaikan perkara-perkara berikut. Jadi, sebagai langkah bagi mengelakkan kecederaan maka aspek keselamatan perluah diutamakan sebelum, semasa dan selepas latihan, pertandingan. Perincian keselamatan dalam sukan adalah seperti berikut :

PAKAIAN

Pakaian dalam sukan haruslah sesuai dengan saiz tubuh badan dan membenarkan penyejatan peluh berlaku. Pakaian yang diperbuat daripada kapas adalah sesuai dengan iklim negara kita kerana ia menyerap peluh. Ini akan mengelakkan peningkatan suhu yang mendadak. Pakaian yang terlalu ketat akan menjerut peredaran saluran darah dan ia akan menjejaskan kesihatan dan prestasi atlit.

PERALATAN BERSUKAN

Peralatan mestilah bersesuaian dengan umur, ketinggian dan keupayaan fizikal individu itu untuk keselesaan bersukan malahan akan dapat meningkatkan motivasi individu tersebut untuk terus terlibat dalam sukan. Sebagai contoh, pelajar sekolah rendah yang ingin bermain tenis perlulah menggunakan riket yang bersesuaian dengan saiz dan berat mereka supaya ia tidak menjejaskan tahap peningkatan prestasinya dalam sukan tenis. Jadi tidak dapat dinafikan lagi kesesuaian peralatan bersukan amat penting agar ia dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk meningkatkan prestasi seseorang atlit.

PERALATAN KESELAMATAN

Semua atlit atau pemain mestilah menggunakan peralatan keselamatan untuk mengelak dari berlakunya kecederaan. Kebanyakan alatan keselamatan adalah mengikut kesesuaian pemakainya. Sukan-sukan yang berisiko tinggi untuk mendapatkan kecederaan seperti hoki, ragbi, taekwondo dan bola sepak mempunyai alatan sinpad, abdominal guard, head gear dan sarung tangan untuk melindungi bahagian-bahagian tertentu.

PERALATAN PERTANDINGAN

Penganjur pertanding umur haruslah mengutamakan keselamatan terutamanya dalam menyediakan peraturan sesuatu pertandingan. Peraturan-peraturan permainan yang telah ditetapkan oleh badan-badan sukan wajib dipatuhi agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini. Seharusnya penganjur sesuatu kejohanan atau pertandingan merujuk peraturan yang telah disediakan dan diedarkan kepada semua yang terlibat sebagai panduan.


PADANG DAN GELANGGANG

Kawasan permainan atau latihan seperti padang dan gelanggang haruslah mempunyai ciri-ciri keselamatan yang baik dan tidak membahayakan penggunanya. Sebagai contoh padang ragbi yang tidak rata dan berlubang-lubang boleh mencederakan pemain seperti terseliuh dan tersadung. Ini akan menjejaskan prestasi pemain dan boleh mendatangkan bahaya kepada mereka. Jadi padang dan gelanggang mestilah sentiasa berada dalam keadaan yang baik serta alatan yang berada di sana juga turut dalam keadaan yang baik agar ia dapat digunakan sepenuhnya.

About enkalang90

Sport and Recreation/2 Faculty of Education National University of Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s